Privacy Policy

Polisi Privasi KerjaSimple


Kami, KerjaSimple (“KerjaSimple”, “kami”), menggunakan dan memproses maklumat peribadi yang diambil dari atau diberi oleh pelanggan, rakan perniagaan dan semua pihak yang berurusan dengan kami (secara keseluruhannya, “Pelanggan”) untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk kepuasan Pelanggan. Terma “maklumat peribadi” mempunyai makna yang sama dengan “butiran peribadi” seperti yang dicirikan dalam Akta Perlindungan Butiran Peribadi 2010 (“PDPA”) yang termasuk nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, tarikh lahir, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti Pelanggan. Terma “menggunakan” dan “memproses” mempunyai makna yang sama dengan “pemprosesan” seperti yang dicirikan dalam PDPA yang bermaksud, antara lainnya, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, dll. KerjaSimple sedar yang mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan betul adalah tanggungjawab penting, dan perlu untuk mengekalkan kepercayaan Pelanggan yang memberi maklumat peribadi mereka kepada kami. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, KerjaSimple mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan perlindungan maklumat peribadi (“Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi”), dan bekerja untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan betul selaras dengan Polisi ini.

1. Penggunaan Maklumat Peribadi

KerjaSimple akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan hanya untuk tujuan yang dikongsi kepada Pelanggan pada waktu maklumat itu diambil dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini (“Skop Penggunaan”), dan tidak akan menggunakan maklumat itu untuk apa-apa tujuan lain melainkan telah mendapat kebenaran dari Pelanggan atau dimana ianya dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.

Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, KerjaSimple mungkin akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan berikut:-

(a) untuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk kepuasan Pelanggan;

(b) untuk membolehkan ia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dibawah apa-apa undang-undang yang berkaitan, termasuk undang-undang dan peraturan anti pengubahan wang haram;

(c) untuk membolehkan ia menjalankan tanggungjawab kontraknya;

(d) untuk memberi Pelanggan maklumat tentang produk dan servis KerjaSimple;

(e) untuk mengekalkan dan mengemaskini rekod Pelanggan; dan

(f) untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan atau untuk pelanjutan tujuan-tujuan diatas.

Maklumat peribadi Pelanggan mungkin akan dipindahkan keluar dari Malaysia.

Maklumat peribadi Pelanggan diambil dari pelbagai sumber, termasuk maklumat yang diberi oleh Pelanggan sendiri atau orang lain yang bertindak bagi pihak Pelanggan, maklumat dari pihak ketiga atau maklumat dalam domain awam.

Pelanggan diperlukan untuk memberi maklumat peribadi yang diperlukan untuk diproses oleh atau bagi pihak KerjaSimple seperti yang dicirikan diatas. Jika Pelanggan tidak bersetuju untuk memberi maklumat peribadi tersebut kepada KerjaSimple mengikut Polisi ini, KerjaSimple tidak boleh untuk mematuhi sebarang tanggungjawab kontraknya kepada Pelanggan dan, KerjaSimple tidak boleh memberikan servis yang berkesan kepada Pelanggan.

2. Pengurusan Wajar Dan Perlindungan Maklumat Peribadi

KerjaSimple telah mengenakan langkah-langkah berikut untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi Pelanggan dengan betul:

  • Penubuhan organisasi untuk mempromosi dan memastikan perlindungan semua maklumat peribadi yang dipegang KerjaSimple secara keseluruhannya.
  • Penubuhan peraturan dalaman syarikat berdasarkan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan tentang pengendalian maklumat peribadi;
  • Mendidik pekerja dan orang lain yang berkenaan untuk memastikan mereka memahami kepentingan perlindungan maklumat peribadi dan benar-benar biasa dengan semua peraturan dan panduan yang berkenaan;
  • Penubuhan daftar pengurusan maklumat peribadi dan penguatkuasaan sekatan maklumat peribadi yang sesuai; dan
  • Pelaksanaan langkah keselamatan bersesuaian dan munasabah untuk mengelak akses yang tidak dibenarkan, atau kebocoran, kerosakan atau pengubahsuaian, maklumat peribadi.

3. Peruntukan Kepada Dan Perkongsian Dengan Pihak Ketiga

KerjaSimple tidak akan memberikan atau berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga kecuali dalam kes-kes berikut:

  • Kebenaran telah diberi terlebih dahulu oleh Pelanggan yang maklumat peribadinya akan dikongsi;
  • Perkongsian maklumat diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau dengan arahan mahkamah;
  • Maklumat yang diberi kepada atau dikongsi dengan pembekal servis (termasuk pegawai, pekerja dan ejennya) mengikut Skop Penggunaan (sila lihat Artikel 4 dibawah);
  • Dalam kes perkongsian diantara sekutu perniagaan; dan
  • Maklumat peribadi yang diberikan berkaitan dengan penggantian perniagaan akibat penggabungan, spin-off atau sebaliknya.

Walau apa pun perkara diatas dan tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, KerjaSimple mungkin berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada:-

  • Anak syarikat, syarikat induk, perbadanan atau sekutu perniagaan yang berkaitan (terma “perbadanan berkaitan” adalah seperti yang didefinisikan dalam Akta Syarikat 2016) Kao Malaysia sama ada sekarang atau masa depan;
  • Badan kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia Malaysia atau badan kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia luar yang berkaitan;
  • Bank Negara Malaysia dan sebarang pihak berkuasa lain yang mungkin diperlukan dari masa ke semasa; dan/atau
  • Mana-mana pihak yang KerjaSimple anggap sesuai;

Walaupun orang itu mungkin berada diluar Malaysia, untuk mana-mana tujuan diatas atau tujuan lain yang mana maklumat peribadi Pelanggan telah diberi pada waktu pengambilannya.

Akses Anda Dan Kawalan Kepada Maklumat

Anda boleh melakukan yang berikut pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui alamat e-mel atau nombor telefon yang diberikan di laman web kami:

  • Lihat data berkaitan diri anda, jika ada.
  • Pinda / membetulkan sebarang data yang kami ada mengenai anda.
  • Memadam mana-mana data yang kami ada mengenai anda.
  • Menyatakan apa-apa kebimbangan yang anda ada mengenai penggunaan data anda.

Penafian Pendapatan | Polisi PrivasiTerma & Syarat

Hak Cipta © KerjaSimple.com. Hak cipta terpelihara. Laman ini bukan sebahagian dari laman web Facebook atau Facebook Inc. Selain itu, laman web ini tidak disokong oleh Facebook dengan cara apapun. Facebook adalah tanda dagangan Facebook, Inc.

Hasil-hasil yang dipaparkan dalam laman web ini bukan jaminan anda akan dapat hasil yang sama. Ini terpulang kepada faktor-faktor seperti etika kerja, produk dan harga, jenis perniagaan, dan lain-lain lagi. Testimonial yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman masing-masing.